Tuesday 3 January 2012

Makna Kreativi

Terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the
results.” (Torrance, 1974)
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

Wednesday 16 November 2011

Drawing by my hand

nie gul yg ak knl..
tp x pnh jmpe..
hingga ary nie..
ak nmekn dye ann..
cz nme dye de nme ann 2..
hehehe..=)

nie pic utk stdy..
mmbe ak ckp lukisan nie cm kartun ckit.
ak ase btol kot...hihihi..=p

nie lukisan insan yg berada di aty..
orgnyer  cute ble snyum..
tp aku lukis x secantik dirinyer....
mmmm.....@_@

Jenny a.k.a Ann

mmbe ak time skool dlu...=)

drawing nie ak ske..
cz byk ak blaja..
nk2 kt part rmbut 2..
nme gul nie..
Yatt..=)

muzik...anime..shoes...kehidupanku..=)

AKIRA..anime movie nie da lme..
dan aku emg mnat gler cter nie..
mangaka dr Japan..
Katsuhiro Otomo adalah inspirasiku lam melukis..
ketelitian hasil kerja dye nie..
emg ak ske cgt2..
hopfully 1 ary nti ak dpt bt..
hasil kerjaku cm dye..=)
CNBLUE - In My Head..
lgu bru dorg tuk market japan..
band korea nyanyi lagu japan..
emg terbaek laa..huhuhu...

band korea yang aku minat skang...semuanya seumur dengan ku..
namun mereka lebih berjaya dalam hidup...
CNBLUE!! =)


nie kasut Converse x Mastermind Japan..
aku nak cgt2 beli kasut nie lau dijual di malaysia..
^__^

nie pic ak tngkap ngn kasut All Star ak..hehehe...ok x?? =p

kasut Pumaku..nmenyer Puma Basket "Boo"..edisi Halloween 2009..
adiah dr abg longku time jln2 di times square..huhu..


kasut All Star aku..
spe x knl boy band dr korea nie..Super Junior...da laa tip top..smuenye berbakat n hensem..
anugerah tuhan untuk mereka...=)
-Mr. Simple Super Junior-

band us..nme bsar dlm industri muzik kt sne..
GREEN DAY..
Billy Joe Armstrong...leader punk rock yg pnuh ngn karya2
bezz!!..=)
mmbe muzik ak anggap dye nie idola dye..
cz tu dye msuk UPSI..hehehe...

ak ske ngn hidup indie...so,band HUJAN nie..
ak lyn sbg warna lam hdupku..


Adidas x Mastermind Japan..
cool gler~~~ =)


anime dr Kubo Tite..BLEACH..
cter emg cgt2 bez n bley lyn..
x sme cm anime len..
n de pengaruh cm Dragon Ball ckit..
hehehe

Melancholy of Haruhi Suzumiya..
cter anime nie sush ckit nk phm..
smpai ak pning ngn jln cter nie..heehehe..

Jigoku Shouju..

NARUTO..
cter anime nie da jd empayar bsar di japan..
sjak keluaran manga taon 1999..
ak mnat ngn watak lam cter nie..=)
karya dr Kishimoto Masashi..

cter SLAM DUNK nie emg ak mnat gler..
cz watak utama dye..
seorang yg berusaha kuat untuk..
capai impiannyer..
sbg pemain basket yg hebat..
si Hanamichi Sakuraragi..
King of Rebound..

BLEACH wallpaper..heehe..=p

DEATH NOTE..
mangaka : Takeshi Obata
writer : Tsugumi Ohba
anime nie sedikit gler @ x logik..
cz watak utama mempunyai buku..
yg dipanggil Death Note @ Nota Maut..
untuk membunuh spe2 je..
diberi oleh Shinigami @ Dewa Maut..
bagi org jepun..
bg watak utama 2..
keamanan akan de..
lau manusia2 yg cm penjenayah 2 xde..
yg dye rasakan ptut dihukum..
apepun ak emg ske ngn jalan cter anime nie..=)

nie anime K-On..
heehehe..
anime nie psal muzik..
cz 2 ak lyn cter nie..
emg sronok cgt2..=)

nie brg2 aku..
cool x pic nie?? =p





ello~~~~~

hidup di bumi..hanya satu planet yang dianugerahkan tuhan..diantara sembilan planet..untuk manusia berjalan dan sujud kepada-Nya...manusia, hambanya yang lemah..dan sentiasa hanyut dalam godaan dunia....sempurna segalanya namun...tiada cahaya dihati....mampukah untuk mereka berjalan di cahaya-Nya..sekalipun peringatan ini untukku.....
Salam semua....ingin ku perkenalkan diri...aku seorang lelaki...tinggiku 178cm..dan aku minat untuk melukis...aku dari keluarga sederhana namun kami bahagia..aku dilahirkan di barat tapi kini menetap di timur..aku mempunyai sebelas adik beradik dan aku yang kesembilan..ayahku seorang bekas polis dan ibuku seorang suri rumah..tuhan sentiasa memanjangkan umur kedua - dua orang tuaku..alhamdulilah,,ku panjangkan rasa syukur ini kepada tuhan yang maha esa...dan aku bersyukur dengan setiap nikmat yang ku rasakan setiap kali mataku terbuka...dapat melihat kejadian ciptaan tuhan didunia..dapat membuat segala yang ku inginkan..dengan tubuh yang sihat kurniaan tuhan yang maha kaya..walaupun di dunia ini ada manusia yang tidak sempurna..bahkan dibunuh disaat masih janin...

Aku kini menuntut di UPSI @ Universiti Pendidikan Sultan Idris...salah satu institusi pendidikan terulung di Malaysia..hidupku penuh dengan ranjau berduri..aku tidak kisah lahir dalam keluarga sederhana..kerana bagiku..tuhan telah menetapkan setiap perjalanan hidupku saat ku masih lagi dalam rahim ibuku..segalanya bermula di Kampar,Perak dimana tempat ku dilahirkan..aku mula mendapat ilmu disana dan ayahku beralih tugas pula ke Kota Bharu..iaitu satu pendalaman di Gopeng...disini, aku hanya sempat untuk belajar sampai darjah 4..kerana ayahku telah sampai umur persaraannya sebagai anggota polis dan kami berpindah ke timur iaitu di Kuala Terengganu..zaman kanak - kanakku banyak di Kota Bharu..dan jika ku diberikan kesempatan..akan ku pergi disana sekali lagi..satu tempat yang dipenuhi dengan lombong,ladang getah dan pokok kelapa sawit..namun mempunyai masyarakat yang harmoni..bagiku..ia adalah perkampunganku..

Pada awal 2001..ayahku secara rasminya ditukarkan ke Kuala Terengganu untuk menghabiskan perkhidmatannya disini...kehidupanku yang sentiasa berpindah....kadang - kadang membuatkan diriku sukar untuk berkawan...hanya lukisanku menjadi temanku...adakalanya...mmm....disini, di timur semenanjung malaysia..aku mendapat ilmu dan pengetahuan..walaupun ada pada saat - saat sukar...keluargaku yang sederhana ini sukar untuk menanggung pelajaranku kerana adik - beradikku yang ramai..hidup dalam kesederhaan sangat - sangat menguji diriku sebagai manusia...kerana hari ini..baru kusedar manusia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan keseronokan terutama remaja sepertiku disaat itu..ada manusia yang masih lagi dapat berjalan dilorong yang terang..tetapi ramai yang berjalan dilorong yang gelap....ku bersyukur keluargaku menjaga diriku dan tidak membiarkan aku hanyut seperti mereka.....di Kuala Terengganu..aku bersekolah dari darjah lima hingga tingkatan enam..satu perjalanan untuk mendapatkan ilmu serta pengetahuan dan menjadi manusia berjaya seperti hari ini..yang kurasakan sukar...aku bukanlah manusia yang dianugerahkan dengan kepandaian namun ku masih mampu dan terus..untuk menempuh setiap dugaan didalam ruang keilmuan..walaupun pada umurku 19 tahun..aku masih lagi menaiki basikal ke sekolah sejauh 3km..aku rasakan itulah saat aku mula belajar menjadi manusia...dan aku merasakan kesempurnaan bukanlah sebahagian dariku....aku berbasikal setiap hari...berjalan ditepi pantai..melihat manusia - manusia lain dengan kesempurnaan masing - masing ke sekolah..tetapi...itu tidak sedikit pun membuatkan ku tidak kesekolah...sebaliknya penat lelahku berbaloi untuk membuatkan ku berada disini..hari  ini di UPSI...berbanding dengan kawan - kawanku yang mempunyai kesempurnaan dalam kehidupan......
keputusan STPMku tidaklah bagus namun ku masih berpeluang untuk membuat rayuan ke-2 dan alhamdulilah..aku berjaya atas sokong keluargaku...
segala yang aku inginkan..untuk mendapat kesempurnaanku..ku akan usahakan sendiri....
minatku hanya pada melukis dan hobiku adalah mendengar lagu...
dari genre old skool..rock,punk rock dan sekarang k-pop..
aku menganggap diriku sebagai sebuah dinding..dipenuhi dengan warna - warna yang melukis perjalananku...dan lagu - laguku sebagai penghias latar belakang dinding itu...
sekian untukku bercerita tentang kehidupanku..moga berjumpa  lagi......^___^